entry kali ni pasal 5s..wlaupun 5s ni klu org kate skadar nk promote bhase jepun sbnrnya tidak..ia pntg untuk suri rumah atau org yg rajin dan suka untuk mengemas..or pekerje yg kerje nya di pejabat kerajan or swasta yg bkerje bhagian cleaner.ni kira step by step la.supaya tampak lebih kemas dan teratur di rumah or tempat kerje..
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun.di rgkaskn 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya.Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan yg berkualiti.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.cntohnya mcm pinggan mgkuk or pakaian la.yg boleh guna 2 simpan boleh g jaul kt recycle ke.dpt duit..hehe(botol2 sos kicap n surat kabar lama)
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel kesemua barangan yg dperlukan.Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja kita. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.contonya majalah2 pakaian yg dh dilipat dan pinggan mgkuk yg basah asingkn untk dikeringkn.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan kita akan merasa lebih selesa apabila kita dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kita akan menyemai sifat cintakan kebersihan. Justeru, kita perlu memastikan dan mengekalkan kebersihan.
Sentiasa Amalkan (Shitsukekita)
kita perlu faham, berdisiplin, untuk mengamalkan penjagaan kebersihan. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia.
kat umah saya kalu bersepah saya ckp ha adik2 disiplin!!(dgn nada tggi suara)..kelamkabut la dibuatnya nk kemas balik.susah sgt ke nk disiplin..tp umh saya ni hari2 berhabuk wlupun dh sapu bersih!!!..:-)
No comments:
Post a Comment